Menu
Organisasi tentera Organisasi tentera daratArtikel ini memberi satu gambaran keseluruhan beberapa terma yang digunakan bagi menggambarkan unit-unit tentera dalam angkatan bersenjata di seluruh dunia. Mungkin terdapat perbezaan dalam penggunaan terma-terma dalam pasukan bersenjata yang datang daripada negara-negara yang berbeza. Kebanyakan unit-unit diterima-pakai berdasarkan contoh daripada Tentera Darat British dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat. Para pembaca yang berminat dengan maklumat-maklumat lebih terperinci disyorkan agar merujuk terus pada rencana-rencana yang berkaitan dengan negara tersebut.
Simbol | Nama | Jumlah anggota | Jumlah unit bawahan | Pegawai Memerintah |
---|---|---|---|---|
XXXXXX | kancah, wilayah | 1,000,000–10,000,000 | 4+ kumpulan tentera darat | Jeneral, Jeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British) |
XXXXX | kumpulan tentera darat, barisan | 400,000–1,000,000 | 2+ tentera darat | Jeneral, Jeneral Tentera Darat (AS) atau Fil Marsyal (British) |
XXXX | tentera darat | 100,000–200,000 | 2-4 kor | Jeneral atau Kolonel Jeneral |
XXX | kor | 40,000–80,000 | 2+ divisyen | Leftenan Jeneral |
XX | Divisyen | 10,000–30,000 | 2-4 briged atau rejimen | Mejar Jeneral |
X | Briged | 3,000–5,000 | 2+ rejimen atau 3–6 batalion atau rejimen Komanwel | Brigedier Jeneral, Brigedier (British) atau Kolonel |
III | Rejimen | 1,500–3,000 | 2–4 batalion atau skuadron kavalri AS | Kolonel |
II | Batalion atau Rejimen | 300–1,300 | 2–6 kompeni atau skuadron | Leftenan Kolonel |
I | Kompeni, Skuadron atau Bateri artileri | 60–250 | 2–8 platun atau trup | Kapten atau Mejar |
••• | Platun atau Trup | 25–40 | 2+ skuad atau seksyen | Leftenan Muda atau Leftenan |
•• | Seksyen | 8–12 | 2+ pasukan penyerang | Koperal sehingga Staff Sarjan |
• | Skuad or krew | 8–12 | 2+ pasukan penyerang | Koperal hingga Staf Sarjan |
Ø | Tim penyerang | 4–5 | Tidak berkaitan | Lans Koperal hingga Sarjan |
Ø | Tim peninjau | 2 | Tidak berkaitan | Sebarang |
Susunan unit ini mungkin melangkau turutan; sebagai contoh dalam sebuah batalion di UK mungkin satu formasi bersaiz rejimen. Hanya negara yang mempunyai kekuatan tentera yang kuat yang mungkin mempunyai susunan unit sehingga ke tingkat paling atas, sebagai contoh, unit tentera bagi negara Kanada yang paling besar adalah briged.
Tentera dan negara berbeza mungkin juga mempunyai nama-nama unit tradisi yang berbeza, menjadikan kekeliruan: sebagai contoh, rejimen berperisai (batalion) Britain dan Kanada (batalion) dibahagikan kepada skuadron (kompeni) dan trup (platun), manakala skuadron kavalri (batalion) Amerika Syarikat terdiri dibahagikan kepada trup (kompeni) dan platun.
Oleh kerana saiznya yang kecil, Tentera Darat Malaysia sebenarnya hanya bersaiz kor yang mempunyai empat divisyen infantri. Di dalam Tentera Darat Malaysia pemerintahan (kor) ini dipanggil Markas Pemerintahan Medan Tentera Darat ataupun Markas Medan Tentera Darat dan dipimpin oleh seorang Leftenan Jeneral. Pemerintahnya dipanggil Panglima Medan Tentera Darat.
Menu
Organisasi tentera Organisasi tentera daratBerkaitan
Organisasi Organisasi Papua Merdeka Organisasi tentera Organisasi Hitam (Detektif Conan) Organisasi perindustrian Organisasi Todt Organisasi Gehlen Organisasi biologi Organisasi Kriegsmarine Organisasi Kesihatan SeduniaRujukan
WikiPedia: Organisasi tentera http://www.globalsecurity.org/military/agency/navy... http://www.airpages.ru/ru/vvs1.shtml